Bila sikap panas baran tak dapat dikawal, inilah jadinya.. Malang menimpa seorang budak lelaki berusia tiga tahun apabila didera kejam oleh bapak tirinya yang berusia 20 tahun selepas dia terkencing atas tilam hingga basah..
Dah gila agaknya si bapak tiri tu yer?? Budak seusia macam tu, biasalah akan terkencing atas tilam.. Macam lah masa kecik, dia tak biasa kencing atas tilam.. Melebih-lebih betul nak bagi 'pengajaran' kat budak tu, bengong betoii!
Lelaki berkenaan dikatakan telah menggunakan api dan kemudiannya membakar kemaluan budak malang tu tanpa belas kasihan, kononnya tu sebagai �pengajaran� lah! Nak beri pengajaran tu agak-agak lah, membakar kemaluan tu dah keterlaluan sangat!
Cer orang lain bakar dia punya kemaluan, baru dia tahu betapa azabnya menahan kesakitan! Kejadian tu berlaku di Limpio, Paraguay, perbuatan kejam lelaki terbabit telah dirakam oleh jirannya.. Identiti mangsa dan lelaki terbabit tidak didedahkan..
Jiran-jiran tak datang membantu budak malang tu kerana takut kepada lelaki tu menyebabkan dorang tak nak masuk campur untuk menghalang perbuatannya.. Sebaliknya dorang hanya mampu merakam perbuatan lelaki terbabit..
Macam tu ke dikatakan jiran yer?? Lelaki tu gangster ke sampai semua orang takut?? Macam mana kalau budak mati gara-gara tak ada seorang pun datang membantu?? Haissshhh!
Akibat perbuatan kejam si bapak tiri, budak malang tu kini dirawat di hospital kanak-kanak Acosta Nu selepas alat sulitnya melecur.. Bagaimanapun, si bapak tiri telah ditangkap tapi menafikan perbuatannya..
Ek�eleh! Biasalah, orang kalau dah buat salah mana nak mengaku.. Bila pihak polis dah ada bukti kukuh dan saksi yang boleh mensabit dia dengan kasalahan tu, last-last baru nak mengaku.. Haishh! MissHana/Utaranews.com