Serius!!! Pengakuan Mengejutkan Lelaki G*y

Saya siswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan seorang gay. Saya mempunyai pasangan yang ingin menjalin hubungan serius de�ngan saya, tapi agak keberatan kerana niat saya hanyalah untuk memuaskan nafsu saja.

Namun, saya terhutang budi kepada pasangan kerana dia banyak menghabiskan wang untuk saya.Pelajaran saya juga merosot sejak berkenalan dengan si dia kerana kini kurang mengadakan perbincangan dengan kawan sekuliah.

Saya juga semakin hilang kawan. Tolonglah saya Dr. Apa yang harus saya lakukan? Saya sudah masuk ke dalam perangkap yang saya buat sendiri.


MAHU BEBAS,

Perak


Amalan seks secara songsang diharamkan dalam agama. Contohnya ayat al-Quran menceritakan mengenai umat Nabi Lut (juga dikenali sebagai Bani Sodom) yang dibinasakan dengan kemurkaan Allah kerana terbabit dalam tindakan homoseksual.

Perbuatan seks sejenis ini dikeji dan dihina Allah, sebagaimana firman-Nya bermaksud: �Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun daripada penduduk alam ini sebelum kamu?

Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.� (Surah al-A�raf, ayat 80 dan 81)

Perhubungan adik dan pasangan jelas sekali berdosa dari segi agama. Apa yang berlaku dalam kehidupan manusia sering kali diakibatkan oleh perbuatan sendiri. Dalam permasalahan adik, apa yang berlaku dalam kehidupan adalah pilihan hidup sendiri.

Dari beberapa aspek seperti seksual, kewangan dan emosi, pasangan adik dilihat dapat memenuhi keinginan seks, kewangan dan keselesaan hidup diri adik.Sementara dari aspek lain pula, sekiranya adik tidak menghalang diri untuk menerima pasangan memasuki ruang hidup adik, tiada siapa yang menentukan kecuali diri sendiri.

Dr akui untuk meninggalkan seorang yang dapat memenuhi beberapa kepuasan diri bukanlah mudah.Adik kena banyak berkorban. Antaranya adik perlu menerima kenyataan untuk kehilangan elemen keseronokan dan keistimewaan yang dikecapi bersama-sama pasangan adik itu.

Malah, adik juga tidak perlu bergantung kepada orang lain untuk hidup selesa. Semuanya atas usaha keras sendiri.Adik juga perlu memikirkan cara untuk tidak mengabaikan pelajaran. Pelajaran dan kawan adalah dua elemen penting dalam kehidupan.

Jika diabaikan kedua-dua perkara ini, adik akan kehilangan banyak hikmah dalam kehidupan.Hubungan songsang adik dan pasangan adalah hubungan terlarang di sisi agama. Kesan hubungan terlarang ini adalah merosakkan institusi kekeluargaan.

Sebarang keputusan yang adik ambil perlu memikirkan akibat perbuatan dari segi tuntutan agama dan juga kebaikan diri.Faktor lain seperti prestasi dalam pelajaran, hubungan dengan kawan sekuliah, kesediaan mempunyai keluarga seperti anak dan pandangan negatif masyarakat terhadap perhubungan songsang ini juga perlu diambil kira dalam membuat keputusan.

close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==